Friday, 10 February 2012

CERITA KAWANKU.....

     Kawan merupakan seseorang yang sangat diperlukan ketika kita berada dalam kesusahan selain ibu bapa ataupun ahli keluarga kita.Rakan yang baik pasti akan membawa kita ke jalan yang benar.Oleh itu,kita mesti pandai memilih kawan.
    Banyak perkara yang telah berlaku kepada saya pada tahun lepas.Ketika berada di sekolah,kawanlah yang banyak membantu saya untuk menghadi liku-liku kehidupan ini.Saya juga tidak menyangka yang mereka akan membantu saya tanpa mengharapkan balasan daripada saya.
    Memang benar kata orang-orang tua,rakan yang baik pasti akan susa dan senang bersama-sama kita.Pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada saya tidak terbalas.Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa mereka.
    Semoga rakan-rakan yang telah banyak membantu saya akan berjaya di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment